Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Wilayah Persekutuan 2017 bertempat di Dewan Muktamar JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri seramai 1200 orang peserta yang terdiri daripada imam, bilal, pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau, guru-guru takmir serta guru-guru KAFA di Wilayah Persekutuan.

Di dalam program tersebut, para peserta telah diberikan dua sesi ceramah yang menarik. Sesi ceramah pertama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang. Tajuk ceramah beliau ialah “Memartabatkan Keunggulan Umat Islam”. Manakala sesi ceramah kedua pula telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah “Mengurus Konflik dan Perbezaan Pemikiran Politik Umat Islam”.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP. Bersempena program ini juga, sebanyak empat mock cheque telah disampaikan iaitu Bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru KAFA dan Guru Takmir Wilayah Persekutuan berjumlah RM14,032,320.00, Bayaran Imbuhan Kepada Bilal dan Noja Masjid Bagi Wilayah Persekutuan sebanyak RM98,000.00, Saguhati Jawatankuasa Masjid / Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan 2016 sebanyak RM 1,166,200.00 dan Tabung Kemanusiaan Rohingya dan Acheh sebanyak RM365,000.00.

Turut hadir di dalam program ini ialah YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.

 

multaqa jawi6

 

multaqa jawi5

 

multaqa jawi4

 

6

 

multaqa jawi2

 

multaqa jawi3

 

multaqa jawi1