Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Multaqa dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu oleh YBhg. S.S Datuk Hj. Abd. Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dengan tajuk Amar Maruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Bersama dan seterusnya oleh YBhg. S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk Memartabatkan Keagungan Islam-Rang Undang-Undang 355.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki dalam Ucap Utamanya menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab bersama semua pihak untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan khususnya dalam pengurusan Hal Ehwal Islam bagi memastikan agama Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini terus kukuh terpelihara. Beliau turut menegaskan bahawa pelbagai inisiatif kerajaan persekutuan dan negeri dilaksanakan secara bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan ummah seperti dalam bidang pendidikan Islam, ekonomi, politik, seni dan budaya serta dakwah, berjalan secara mapan dan berterusan.

Perasmian Penutupan Multaqa negeri Melaka telah disempurnakan oleh Datuk Wira Hj. Yaakub bin Md Amin, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka selaku wakil rasmi kepada YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Di dalam ucapannya, beliau menggesa agar semua pihak melupakan perbalahan berkaitan isu yang remeh temeh sebaliknya menumpukan kepada agenda perpaduan ummah yang lebih besar dan memberi impak untuk masyarakat.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah YB. Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik, Exco Komunikasi dan Koperasi Negeri Melaka, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), S.S Datuk Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Tuan Haji Paimuzi b. Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim dan En. Md Azhan bin Samat @ Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah pelajar dan sekolah terbaik UPKK bagi tahun 2016 dan penyampaian replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM21,500,400.00 untuk bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru Takmir dan Guru KAFA serta RM149,500.00 bagi tujuan imbuhan bilal dan siak secara one off bagi negeri Melaka pada tahun 2017.

 

IMG 1575

 

mmumelaka2

 

mmumelaka1

 

IMG 1538

 

IMG 1566

 

IMG 1560

 

IMG 1559

 

IMG 1583