Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 18 April 2017 ( Selasa ) –Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Terengganu 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. 

Sasaran penyertaan terdiri daripada Jawatankuasa Masjid, Guru takmir dan Guru KAFA Negeri Terengganu. Majlis tersebut telah mencatat kehadiran seramai 1,8oo orang. Tidak ketinggalan juga kehadiran dari Maahad Tahfiz dan Sekolah Menengah Agama Rakyat di negeri ini.

Di dalam majlis tersebut, pengisian yang cukup bermanfaat telah diberikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Manam bin Mohamad . Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, UNISZA. Kupasan yang begitu menarik dan jelas bertajuk Fitnah Akhir Zaman: Peranan dan Tanggung Jawab Murabbi Ummah telah mendapat perhatian serius dari para hadirin.

Pada jam 11.00 pagi, Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berhormat Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu

Bersempena program ini, penyampaian 2 mock cek telah dilakukan melibatkan jumlah berikut :

  1. Peruntukan sebanyak RM50,632,800.00 kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk membayar imbuhan Guru KAFA RM39,052,800.00, imam RM9,180,000.00 dan Guru Takmir RM2,400,000.00.
  2. Peruntukan sebanyak RM508,500.00 bagi membayar imbuhan bilal bagi Negeri Terengganu pada tahun 2017.

Turut hadir ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

 

mmut1

 

mmut2

 

mmut3

 

mmut4

 

mmut5

 

mmut6

 

mmut8