Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Peruntukan RM80 juta kepada 819 Sekolah Pondok, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkasa  pendidikan Islam. Agihan RM50 juta kepada Sekolah Pondok dan SMAR adalah di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017, termasuk bagi RM30 juta bagi menyelaras dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

 

 Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Bahagian Kemajuan Islam telah mengadakan Majlis Penyampaian Mock Cheque Bantuan Peruntukan kepada Sekolah Pondok, SMAR dan Institusi Tahfiz Berdaftar pada 25 April 2017 bertempat di Kompleks Seri Perdana Putrajaya. Bantuan peruntukan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Najib bin Tun  Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg.Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Majlis ini juga turut meraikan pengetua-pengetua Sekolah Pondok, SMAR dan Institusi Tahfiz serta merapatkan lagi hubungan Jakim dan pihak Berkuasa Agama Negeri.

 

Daripada jumlah peruntukan itu, RM20,889,600 juta diagihkan kepada 133 institusi di Kelantan, 104 institusi di Kedah (RM13,257,550 juta), 206 di Selangor (RM9,227,720.00 juta), 76 institusi di Perak (RM7,150,520.00), 104 institusi di Johor (RM6,289,140.00 juta ), 57 institusi di Pahang (RM 4,922,720.00 juta), 40 institusi di Pulau Pinang (RM4,184,140.00 juta), 25 institusi di Negeri Sembilan (RM3,601,890.00 juta), 14 institusi di Terengganu (RM 2,718,950.00 juta), 16 institusi di Wilayah Persekutuan (RM1,361,400.00), 14 institusi di Melaka (RM1,241,930.00 juta), 17 institusi di Sarawak (RM 853,460.00 juta), 11 institusi di Perlis (RM 730,400.00 juta) dan 2 institusi di Sabah (RM39,540.00 juta).

 

Menerusi ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menyatakan semoga pertemuan seperti ini dapat menyatukan hati kita dengan satu matlamat, dalam memastikan institusi pendidikan agama Islam khususnya Sekolah Pondok, SMAR dan Institusi Tahfiz terus diperkasakan, selari dengan keperluan dan permintaan semasa.  Sudah pasti pertemuan sebegini amat bermakna bagi beliau,  kerana institusi pendidikan agama Islam merupakan suatu yang amat dekat dan sentiasa menjadi keutamaan beliau.

 

p6

 

p11

 

p13

 

p15

 

p4

 

p1

 

 

 

p3

 

p7