Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Modul eKAFA pada 21 Jun 2017 (Rabu) oleh Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut telah menyaksikan satu sesi penyerahan modul eKAFA JAKIM daripada YBrs. Dr. Najwa Hayaati binti Mohd Alwi, Timbalan Pengarah Bahagian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (BIPP) Pusat Pembelajaran AksesTerbuka Global, Teknologi Imersif Jaminan Kualiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha,Ketua Pengarah JAKIM.

Pembangunan kandungan eKAFA adalah merujuk kepada silibus program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAKIM yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990. Modul ini akan menjadi salah satu Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman ilmu asas Pendidikan Islam kepada pelajar KAFA khususnya dan masyarakat amnya. Kombinasi konsep animasi dan video grafik Islamik yang bersifat interaktif menjadi tarikan dan minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran KAFA. Dalam masa yang sama, sistem ini boleh dimanfaat oleh semua pihak yang berminat yang boleh diakses secara percuma.

Sistem ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat di mana-mana tanpa mengira sempadan masa dan tempat yang mempunyai capaian internet. Pada masa ini, sistem eKAFA boleh dilayari menerusi laman web berikut : simpeni.islam.gov.my dengan menggunakan semua jenis browser termasuk Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome.

 
Usaha mentransformasi sistem pembelajaran KAFA ini diharap akan dapat diperkukuhkan agar program KAFA JAKIM
 
menjadi penyokong yang berkesan kepada sistem pendidikan Islam kebangsaan.
 
DSC 0029
 
DSC 0055
 
DSC 0079
 
DSC 0098