7 Mac 2023 - Pusat Islam Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Rohani PERKEMAT Darul Quran telah menganjurkan ceramah "Ramadan: Bulan Perubahan dan Perjuangan" bagi menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama' Al Juwaini, al-Fadil Ustaz Ahmad Syamil bin Md Esa dan telah dihadiri oleh para pelajar Darul Quran.
Penceramah telah berkongsi berkenaan kemuliaan dan fadilat al-Quran yang mana merupakan rahmat terbesar daripada Allah SWT buat sekalian alam. Firman Allah Taala :
Ψ§ΩΨ±ΨΩ
Ω ο΄ΏΩ‘ο΄Ύ ΨΉΩΩ
Ψ§ΩΩΨ±Ψ‘Ψ§Ω ο΄ΏΩ’ο΄Ύ
Maksudnya:
"(Allah) Yang Maha Pengasih (1).
Yang telah mengajarkan al-Quran (2)."
Selain itu, penceramah juga menekankan tentang pentingnya penyucian jiwa serta hasil yang dapat kita perolehi sepanjang menjalani tarbiah Ramadan bagi mencapai "ΩΩΨ¨ Ψ³ΩΩΩ
" dan "ΩΩΨ³ Ω
Ψ·Ω
Ψ¦ΩΨ©".
Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah ruhiyyah buat kita semua dalam memperbaiki serta menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.








