Kurator Berita : Darul Quran
3 Julai 2024 - Tanggal 3 Julai 2024 bersamaan 26 Zulhijjah 1445 telah menjadi detik bersejarah bagi seluruh warga Darul Quran apabila TYT Profesor Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb Al-Hassani, Imam Besar Al-Azhar Al-Syarif, dalam rangka lawatannya ke Malaysia sudi berziarah ke Darul Quran. Ketibaan TYT Profesor Dr. Ahmad At-Tayyeb disambut meriah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ketua Pengarah JAKIM, pegawai-pegawai kanan JAKIM, pegawai-pegawai Darul Quran, IKIM, Kementerian Luar Negeri dan dif-dif kehormat yang lain.

Pada sebelah pagi, sebelum ketibaan Imam Besar Al-Azhar Al-Syarif, telah diadakan Forum Bicara Eksekutif Madani yang menampilkan dua panel terkemuka. Panel pertama, Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felow Utama/Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik IKIM, membahaskan tajuk "Kehidupan Bersyariat Memacu Keharmonian Masyarakat Madani". Sementara panel kedua, Sahibus Samahah Mufti Republik Singapura, Dr. Nazirudin bin Mohd Nasir, membahaskan tajuk "Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Singapura Membentuk Keharmonian Ummah: Satu Perkongsian".

Majlis bersama Imam Besar Al-Azhar Al-Syarif bermula selepas selesai forum dan ketibaan TYT Profesor Dr. Ahmad At-Tayyeb serta delegasi ke kampus Darul Quran. Majlis dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dengan riwayat Khalaf ‘an Hamzah yang dibacakan oleh saudara Muhammad Irfan bin Mohd Amir, pelajar semester empat Syukbah Qiraat, Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan diikuti dengan agenda utama iaitu ucaptama daripada TYT Profesor Dr. Ahmad At-Tayyeb. Seusai acara, TYT Profesor Dr. Ahmad At-Tayyeb turut dibawa melawat ke kelas-kelas pengajian seperti kelas Qiraat dan Braille.

Kesudian TYT Profesor Dr. Ahmad At-Tayyeb melawat kampus Darul Quran diharap akan memberikan satu dimensi baharu kepada pemerkasaan serta perkembangan pendidikan tahfiz di Malaysia, khususnya buat pelajar-pelajar Darul Quran.


IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 01

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 02

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 03

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 04A

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 04B

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 05



IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 07

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 08

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 09

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 10

IMAM BESAR AL AZHAR AL SYARIF LAWAT DARUL QURAN CIPTA DETIK BERSEJARAH 11