Kurator Berita : Darul Quran
12 November 2024 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Taklimat Akademik Siri 2 Tahun 2024 yang dilaksanakan di Dewan Maktabah, Darul Quran JAKIM. Turut memeriahkan sesi taklimat akademik pada hari ini dengan kehadiran Pensyarah-pensyarah dari 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Program ini merupakan program tahunan dan merupakan salah satu platform yang bertujuan untuk menyelaras proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan di Darul Quran JAKIM dan di Lokasi Tambahan Darul Quran bagi sesi pengajian November 2024 hingga Mac 2025 agar memenuhi syarat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengisian taklimat ini dimulakan dengan Taklimat Umum Akademik yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik dan taklimat berkaitan kursus Hifz al-Quran yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Tahfiz al-Quran. Bagi sesi taklimat seterusnya pula melibatkan jabatan-jabatan pengajian yang mana telah disampaikan oleh ketua-ketua atau wakil jabatan masing-masing. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran JAKIM, Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan mewakili Pengarah Darul Quran JAKIM.

Diharapkan sesi taklimat ini dapat menambah dan berkongsi ilmu di antara kedua-dua institusi dan dapat meningkatkan lagi professional dikalangan pensyarah-pensyarah seterusnya dapat memberi impak yang besar kepada pelajar-pelajar dalam usaha membina modal insan yang berkualiti.

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 01

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 02

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 03

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 04

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 05

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 06

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 07

Taklimat Akademik Dan Sistem MyDQ 08