AMPANG, 6 NOVEMBER 2024 – Seramai 36 krg klien AADK Daerah Hulu Langat yang berada dalam tempoh pengawasan hadir mengikuti Program Terapi Psikosiritual Islam anjuran Bahagian KSK JAKIM dan AADK Daerah Hulu Langat.
Program dijalankan di Dewan Solat Masjid Al-Ubudiah Ampang, Selangor dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah diimamkan oleh imam 2 Masjid Al Ubudiah, Ustaz Izzat Azizi bin Zainal dan diikuti ucapan aluan oleh Nazir Masjid, Tuan Haji Ahmad Turmizi bin Muslimin. Peserta kemudiannya mengikuti slot Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhli bin Ahmat yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam MITI dan fasilatator di KSKCC.
Semoga program ini memberi manfaat yang sebaiknya kepada peserta program di samping mendekatkan klien AADK dengan kehadiran ke masjid.