Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
4 - 26 Januari 2025 Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Mesyuarat Postmortem Program Kokurikulum Tahun 2024 bertempat di De Baron, Langkawi

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Norliah binti Sajuri, Pengarah Bahagian Pendidikan dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Program Kokurikulum Peringkat Kebangsaan dan Pegawai Kokurikulum Jabatan Agama Islam Negeri - negeri

Pada waktu petangnya, ahli mesyuarat dibawa melawat ke Sekolah Menengah Agama AL Baqiatussolihat di Langkawi yang menerima bantuan SNT dari pihak kerajaan persekutuan.

Sebagaimana yang diketahui, Program Kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan, pihak yang terlibat dalam program ini ialah pelajar-pelajar program kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pelajar-pelajar dari Sekolah-Sekolah Menengah Agama di bawah penyelarasan Jawatankuasa penyelarasan pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK).

JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksana program kokurikulum di peringkat kebangsaan merupakan lanjutan pertandingan di peringkat negeri, yang sentiasa memberi kerjasama erat dan sumbangan besar dalam menjayakan program kokurikulum pada setiap tahun menjadi kenyataan. Bahagian Pendidikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat post mortem pelaksanaan program kokurikulum peringkat kebangsaan tahun 2024.

WhatsApp Image 2025 01 27 at 09.01.30

WhatsApp Image 2025 01 27 at 09.01.32

WhatsApp Image 2025 01 27 at 09.01.32 1

WhatsApp Image 2025 01 27 at 09.01.32 2

WhatsApp Image 2025 01 27 at 09.01.33