Kurator Berita : Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
27 Feb 2025, Kuching, Sarawak, Bertempat di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) JAKIM, Pengarah Kanan BDKI, Puan Salwana binti Ahmad Dahlan telah melakukan lawatan kerja ke IKMAS. Rombongan BDKI telah di sambut oleh Pengarah IKMAS iaitu Ustazah Zamzurina serta kakitangan IKMAS. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk bertemu dengan kakitangan IKMAS disamping untuk mendapatkan maklumat operasi IKMAS dalam usaha menyantuni masyarakat Islam serta perlaksanaan program-program akademik. Antara aktiviti yang dilakukan adalah lawatan ke bangunan baru IKMAS serta melihat fasiliti-fasiliti yang terdapat di IKMAS. Pihak BDKI juga telah melakukan dialog bersama kakitangan IKMAS dan respon yang diberikan berkenaan lawatan kerja ini sangat baik. Pihak BDKI juga mengadakan perbincangan bersama IKMAS berkenaan beberapa isu yang memerlukan tindakan daripada IKMAS.

Banyak dapatan dariapada lawatan kerja ini dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi melancarkan operasi IKMAS sebagai sebuah pusat Akademik pada masa akan datang. Perkongsian serta dapatan maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk Pelan Strategik JAKIM.


Lawatan Kerja Pengarah Kanan BDKi Ke IKMAS 01

Lawatan Kerja Pengarah Kanan BDKi Ke IKMAS 02

Lawatan Kerja Pengarah Kanan BDKi Ke IKMAS 03

Lawatan Kerja Pengarah Kanan BDKi Ke IKMAS 04

Lawatan Kerja Pengarah Kanan BDKi Ke IKMAS 05