9 April 2025 (Rabu) – Darul Quran JAKIM Adakan Perbincangan Bersama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Bagi Menyelaras Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan ke-43.
Darul Quran (DQ) JAKIM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sebagai langkah awal penyelarasan bagi Persidangan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan ke-43 yang dijadualkan berlangsung di Kuantan, Pahang.
Perbincangan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran aspek pelaksanaan, pengisian program serta penglibatan semua pihak berkepentingan dalam persidangan tersebut.
Persidangan ke-43 ini dijangka menghimpunkan pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran dari seluruh negara bagi bertukar pandangan, membincangkan hala tuju pendidikan tahfiz serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi tahfiz di Malaysia.
Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM, bersama beberapa orang pegawai telah disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, serta pegawai-pegawai kanan MTNP.





